Mun's Zone


MusicPlaylistView Profile
Create a playlist at MixPod.com

Saturday, April 2, 2011

Kisah Hostel Part 1

     Suatu petang Ahad yang suam2 kuku kaki kambing, blok Aspura & Aspuri cam tak berapa nak meriah. Suasana dorm sunyi coz minggu ni minggu outing (kuar ngabiskan duit ke bandar). Tapi minggu ni outing tak ikut turn cam selalu warden suruh. Contoh minggu 1st & 3rd kaum adam kuar pastu minggu  2nd & 4th kaum hawa lok. Warden ni saje je kan nak suruh budak2 g dating not outing. Senang si warden nak tibai budak2 hostel time rocall (perhimpunan warga hostel di waktu malam selepas isyak tuk dengar cite lucah warden).
     
     Minggu ni aku malas nak kuar outing, wat habis duit je. Tapi ada gak aku order laksa penang kat member aku. Hehe. Budak dorm aku agak ramai gak yang tak kuar outing. So, time ni (kul 12p.m) pas gotong royong cuci hostel & buang najis beruk (nama glamer SIBER) kat kaki lima, sapa2 yang nak g outing tu siap2 mandi, pakai baju batik ( I hate baju ni coz susah nak gosok) pastu pas pakai makeup2, mereka2 pon kuar ke Bandar Rompin. Kadang2 van TEKSAS ada. Tapi kadang2 prebet sapu menjadi pilihan. Yang duk hostel lak ada yang sambung tido. Bagi yang nerd2 tu sume g study. Aku lok lebih suka basuh baju dari tido membesarkan bontot coz aku ni kalu tido time kul 12 mesti time makan tengahari (kul 1 p.m) nanti aku tak sedar bangun.

     So, time aku ngah angkut baldi n bakul baju, aku nampak lah senior aku (time ni aku form 4) ni duk mandi dalam washroom. Mengong pe. Bathroom padahal sebelah jer. Akak ni kira otai kat aras aku. Nak tak nak aku terpaksa lah basuh baju coz kalu lambat2 basuh tak kering lak. Aku ngah wat muka budjet berani padahal dalam hati cuak dah ni, kot2 kena bunuh ngan akak ni..haha. Lagipun dia mandi myb tak lama kot (menurut kata hatiku). Tengah aku syok2 memberus kain, aku kena sergah ngan akak tu. Cam ni dialog antara aku ngan dia..

     Otai : Hey ko!!! 
              (muka aku cuak dah..dalam hati kata nak pukul jangan pukul muka, kang tak market lak aku)

     Aku : Yer kak..lu pehal??
              (acah jer ckp cm ni)

     Otai : Ce ko meh sini..
              (lagak cam nak tumbuk orang)

     Aku : Jap..(pastu letak baju yang aku berus tadi dalam sinki)


    Akak tu suh aku tengok pipi dia coz tetiba pipi dia sakit. Aku pon tengok lah. Rupa2nye jerawat dia nak meletop dh. Cam laknat jer aku cuak. Pang laju2 gak akak ni. Pas dari kejadian ni, aku malas nak basuh baju kat washroom kalu ada senior tengah mandi..ish..
MSN Onion Icons


-Bersambung....

Friday, April 1, 2011

April Fool

   Malas nak cakap banyak tentang April Fool. Korang nak tau korang g search Google ke..Yahoo ke coz dalam tu banyak cerita tentang April Fool. Yang aku pasti orang Islam tak yah lah nak sambut2 benda2 ni. Dulu time duk hostel aku main gak benda2 ni. Tapi aku sendiri rasa fool ngan diri sendiri. So korang nak wat lawak boleh. Tapi jangan keterlaluan.Nanti lawak tu makan diri korang sendiri.



SO..pakat2 lah SAY NO TO APRIL FOOL..








* Aku pernah calik bedak sejuk kat muka kawan aku ngah tido..pastu ada orang kata kalu kita wat cam tu kat orang time dia tido..nanti roh dia tak dapat cari jasad..tobat aku tak buat dah pas tu..Hehe..

Wednesday, March 30, 2011

Kalu Hati Terluka Just Tapekan Luka Hati Tu..

 Aku pernah cakap kat seseorang yang kalu hati kita t'luka susah pe. Tape je luka tu. Dia ketawa. Tapi sekarang dia yang lukakan hati ini. Patutkah aku tape jer luka ini??















- Kenapa kau membisu -

Sunday, March 27, 2011

Lonely...I'm Miss Lonely

Need nice guy,
How can take care my heart not only my self.

Need some love,
To make me happy always and always.

Need new life,
Easy to me refresh back my memorys.

Need some light,
To help me walk my way.





- Mun Ibrahim sangat jiwang sekarang -

Blog Ngan Music Intro

       Aku mintak maaf banyak2 lah kalu aku buka blog yang ada music tetiba 2 coz aku pastikan aku pausekan muzik 2 coz kadang2 aku baca blog memerlukan ketenangan. Aku ni jenis susah nak faham cerita. So, aku kena fokus.







Maafkan aku ek bloggerz sume...hehehe..

I Dah Jadi Janda U Tau Tak

I hate this title,
I hate so much,
I hate all of them,
I hate my heart,
I hate u,
I hate LOVE,
I hate...I hate...I hate...



AAAaaaaaRRRrrrHHHhhhh....HukHukHuk...Layan game Call of Duty lagi bagus..

- cinta is damn -

Wednesday, March 23, 2011

Ketandusan Idea

 Idea oh Idea.. mana lah ko pergi ni...
 Hellllppppp meeee!!!!
















Help me or you die..bang2..(bunyi pistol)

VAVILLE??

   Pekebenda lah vaville ni ek?? Ni kawan aku si Mimie lew cakap cam ni. Aku tak tau lew pekebenda ni tapi yang pasti dia cakap cam ni coz selalu tengok orang main Farmville, Fishville, Cityville & Frontierville. Kiranya vaville ni adik beradik VILLE2 dalam fesbuk lew kot.

   Bagi aku tu gurauan kawan aku coz sekarang ni orang suka sangat main game dalam fesbuk sampai aku sendiri main. Tapi aku ni jenis malas. Kalu Farmville tu bapok lembab nak naik level. Main Super Mario pun tak lama cam ni. Kawan aku lak nak dapat level sampai 70 pun kena bercucuk tanam tiap2 hari. Tu pun dah 2 tahun main. Wow, ganas2 game ni. Sampai 2 tahun main.

   Aku kurang main game2 dalam fesbuk ni. So, kalu sapa2 send gift kat aku, aku terima ngan hati terbuka tapi aku tak send balik kat korang..hehehe..

Time Kasih Daun Keladi Bunting

   Terima kasih tuk semua....

  1. Allah ( wujudkan aku )
  2. Mak ( lahirkan aku )
  3. Ayah ( besarkan aku )
  4. Adik beradik aku ( gado2 ngan aku )
  5. Mimie Arrfin ( gado2..pastu baik semula )
  6. Qamar ( kecik & besar bersama..kawin je lain2 )
  7. Anies Jamal ( tumpang Myvi )
  8. Cikgu2 S.K.I.M
  9. Cikgu2 S.M.K.I.M
  10. Cikgu2 TEKSAS
  11. En. Zamri ( lec. Mate aku masa Polisas..bg aku A )
  12. Lec. POLISAS
  13. Ain ( awek Husin )
  14. Mimi Rompin
  15. Dayah ( tumpang GEN2 )
  16. Wan DKA
  17. Semek
  18. Ex boy aku lama2 dulu
  19. Motor aku ( bawak ke hulu ke hilir )
  20. Staf Pasdec Land ( bagi aku praktikal )
  21. Geng praktikal
  22. Sepupu2 aku
  23. Makcik2
  24. Pakcik2
  25. Uncle Din Bas
  26. Tokey2 tempat kerja aku
  27. Muk ( bersenam tuk lawan ngan aku )
  28. Ame Aminudin ( tak tau motif pe )
  29. Kema
  30. Biena
  31. Kawan2 TEKSAS
  32. Kawan2 POLISAS
  33. Kawan2 yg seangkatan dengannya
  34. Uncle Public Motor ( repair motor aku )
  35. Pokcik bas
  36. Mokcik tiket bas
  37. Henset N81 aku
  38. Laptop aku
  39. Makanan yang wujud kat dunia ni
  40. Minuman juga tak terkecuali
  41. Arwah Tok aku
  42. Wan KFL
  43. Red Kuntum
  44. Shahril
  45. Kery
  46. Bidan aku ( arwah dah )
  47. Sapa2 yang kenal aku
  48. Orang jahat ( knp tah aku pon tak pasti )
  49. Budak yang mak aku jaga
  50. Last sekali diri aku sendiri..MUN IBRAHIM..



* Ciplak blog org ni. Tapi list ni aku buat sendiri. Sori coz tiru idea aku rasa cam menarik jer list tu..hehe..

Friday, March 4, 2011

Tau Pon Nak Tutup Pekung Sendiri..

    Haha..tau pon pangkah aku punye komen. Nak tutup salah sendiri punye pasal. Aku ramai kawan yang duduk sokong aku dari belakang lah. Benda yang aku tak pernah buat jangan nak memandai ko nak cakap. Ko ada bukti ke??
    Aku tak faham lah orang ni. Nak sangat buat blog tapi paksa2 org follower blog dia. Ko ingat ko artis ker. Ko ingat sume orang ni suka sangat lah baca blog yang bolok wok tu.
     Ko kutuk aku macam2 tapi ko baca gak blog aku. Ko sayang kat aku ker sampai tak mau tinggalkan blog aku?? Walaupon ko cakap ko sayang aku tapi aku 60juta kali menyampah tengok muka ko. Apa masalah ko ek. Ko ada penyakit bisul kat punggung ker sampai tak senang duduk tengok kawan2 aku sokong aku.
     Aku kesian kat ko. Cakap pasal agama bukan main hebat lak. Tapi sayang, ko hanya copy & paste. Cakap ko tak serupa bikin langsung. Ko nak cakap aku free hair kat umah aku tu yang menjadi lawak tuk sume umat manusia membaca. Lantak aku lah nk free hair pon. Adakah ko laki aku. Ke nenek ko kata suh cari perempuan yang free hair kat umah than kutuk dia kaw2. Begitu kah ajaran TOK MU??
     Tengok lah folower ko. Dari kalangan diri sendiri & kawan2 ko yang tak mengenali sapa diri ko yang sebenarnya. Ko tengok lah aku dah semakin bayak idea tuk update blog aku. Ko tengok..aku ulang lagi..ko tengak betul2.
      Ko nak kutuk orang yang ko tak kenal. Tapi aku kutuk ko coz aku kenal sangat perangai 'MULUT LONGKANG' ko 2. Ko cakap mulut aku manyak busuk kan.Ada ker aku pernah cium mulut taik ko 2. Selama aku bercakap ngan orang ni, tak der sorg pon yg tegur mulut aku bau kasturi pon. Selama ni kucing aku tak de nak komplen2 mulut aku. Malah dia lagi suka nak cium aku.
      Ko nak kutuk orang ko tengok muka kat cermin lu. Maybe ko tak sempat tengok cermin, cermin tu pon pecah coz muka ko 'HENSEM' sangat. Ko nak cakap bab agama solat ko dah penuh ke?ko fitnah orang tu tak dosa ke?ko duk berkepit ngan awek ko tu tak haram jadah ke?
       So nasihat aku insaflah. Nama dah kalifah tapi kalifah tu bukan tuk ko coz tak diiktiraf oleh ALLAH pon. Sila lah kembali ke pangkal jalan.

APA LAH..GUNA BLOG NK KUTUK ORG..ISH2..

Tuk blog ZON ZUAN..eh2 ko..asal aku jer ko nk kutuk..knp xsume budak EX TEKSAS ko tak kutuk lak..bukan aku sorg jer boikot ko..sume orang boikot ko..so ko jgn nak selok2 kediri nk tulis keburukan aku..aku lagi ramai penyokong dari ko..

So kepada peminat ZON ZUAN..aku lagi kenal dia dari korg kenal dia..dia 2 MENIPU korang jer..sekian..

Sunday, February 20, 2011

siapa MUN IBRAHIM NI??


  •  nama aku MUNIRAH BINTI IBRAHIM..ringkas jer coz mak bapak aku pikir nanti kalu nk isi form xsusah2 nak tulis panjang2..
  • umur aku 23tahun (mula dari tahun 2011 ni)
  • darjah tertinggi aku takat Diploma Kejuruteraan Awam
  • cinta?? ada lah sorang wat masa sekarang..(hehe)
  • aku tak suka rancangan realiti tv yg nyanyi2..tp suka lah tengok Plain Jane..
  • amat lah suka rancangan aksi,seram & lasak macam Being Human,,
  • kalu cite bab kawan rapat, aku jenis tak ramai kawan rapat..henset aku pon ada lah 30 no fon jer yg aku save..2 pon campor family aku..
  • bagi aku cerita paling bodoh aku tengok ialah Dua Alam..(walaupun ada sebahagian mahkluk marikh yg sokong cite ni)
  • aku ada adik lelaki & pompuan..
  • aku hidup dalam kelas sederhana..
  • mulut jahat tapi hati baik..
  • dah lah..malas nk cite byk2..korg tak kan paham gak selagi tak kawan ngan aku..hehehe..


Onion Emoticons

Wednesday, February 9, 2011

Kampungku Nan Indah

   Aku rasa manusia yang duk kat bandar kebarangkalian asal dari kampung. Mungkin hanya mereka yang lahir dari zaman moden asal dari bandar. Macam aku gak, aku lahir kat kampung tahun 1988. Mak aku cakap masa ni bulan puasa. So, nak dijadikan cerita time ni mak aku balik kampung. Tak budjet pon nak lahirkan aku kat kampung. Tapi aku ni lahir je kat kampung tapi dibesarkan kat bandar coz bapak aku kerja kat bandar. So, sepanjang hidup aku ni aku duk lah hirup udara yang kurang sihat coz zaman aku ni kete, lori & motorsikal dah wujud dah tapi design ala2 retro lah.


Lebih kurang motor bapak aku masa muda mudi dulu.


*Sori beb gambar kurang memuaskan coz cilok dari tenet. Motor bapak aku ada kat stor. Malas lak nk kuarkan motor tu n tangkap gambar.

MSN Onion Icons


   So, kalu nak dibandingkan hidup kat bandar or kat kampung aku suka duk kampung coz kampung best. Tenang, damai n suci murni (cam iklan minyak Seri Murni lak). Lagipun family aku ramai duk kat kampung halaman. Jumpa sepupu sokmo. Tapi sekarang sepupu sume dah duk bandar. Lagipun kampung sekarang dah moden so kalu ada apa2 urusan tak perlu turun bandar. Tapi ada gak kampung yang tak ada kemudahan2 cam ada kat bandar.


Ni lah umah pusaka kat kampung aku.



  Tapi tau2 lah sekarang sume dah besor gajah n atuk aku pon dah arwah so rumah ni pon jadi pusaka. Yang menjadi kemuskilan aku tu umah yang tunggu nk tumbang ni pon jadi isu makcik & pakcik aku gaduh. Hem..tu hal orang tua, aku tak mau masuk campur.

MSN Onion Icon  Saya ngantuk sudah........................................zzzzzzzzzzzzzz......


Saturday, January 29, 2011

Zaman Bebudak

    Umur pun dah semakin meningkat. Kadang2 macam2 perkara yang aku duk pikir tuk buat dalam hidup ni. Sebaik2nyer mesti buat perkara wajib yang berlandaskan agama dulu. Memandangkan kite yang beragama islam mstilah ikut cara islam manakala agama lain ikut fahaman masing2.

   So kalu zaman sekarang iaitu zaman aku sudah keje so kalu nk beli apa2 sume Sdn Bhd. Tak main lah mintak ngan mak bapak. Tapi kadang2 kalu duit tak cukup mereka berdua akan menjadi bank tambahan aku. Hehehehe..


Nak sgt motor besaq tapi gaji ciput ni tak mampu lagi.


   Aku suka sangat tengok orang naik motor besar ni tapi aku sendiri xreti nk bawak motor ada klas ( bahasa kampung ) ni. Hehe. Pastu aku masih tidak berkemampuan nak beli motor memahal ni. Sedangkan kete pon nak keot aku cari wang ni kan motor riban2 ni.

Ni Proton Lekir..bapok lawa design yer.


  Tapi ni sume angan2 time dah dewasa. Zaman kecik2 dulu tak terpikir lagi nak beli sumer ni. Kalu masa aku kecik2 dulu, lebih kurang umur 9 tahun aku nak sangat basikal. Tapi bapak aku tak pernah nak beli pon. Sampai ler umur aku 11 tahun aku dapat lah basikal dari bapak aku. Tu pon pas puas kecek suh beliau belikan tuk aku. Tapi ada lak masalahnyer. Memandangkan masa kecik2 dulu aku duk umah pangsa, so nak main basikal kena angkut turun bawah. Bayangkan lah umah aku tingkat 5 pastu jenis umah pangsa aku ni tak dok lif so kalu bab turun kacang jer coz lepas jer basikal 2 pastu pepandai dia junam sendiri. Tapi kalu bab naikkan basikal tu balik, tu satu kerja yang melecehkan budak cubby cam aku ni.

  Kalu kecik2 dulu aku ada lah pergi KL ngan family aku. Masa ni arwah mak tok aku masuk sepital. So alang2 duk sana kteorg jejalan lah kt shopping komplek. Yang adik lelaki aku ni gi lah kat bahagian toys. Time ni femes cite Ultraman, so ada satu port tu penuh ngan mainan otomen ni. Pe lagi adik aku renget2 kat mak aku nak beli satu set family otomen. Mak aku kata ambik lah coz dia kata RM9.90 je. Mak aku pon belek punyer belek rupa2nyer harga yer RM99.90. Apa lagi mak aku cakap tak yoh beli than adik aku pon guling kat lantai 3hari 3 malam. Hehehe..acah jer 3hari 3 malam tu.

Hai..kamilah Family Otomen





   

Friday, January 28, 2011

Masa Itu Emas Kah??

Kalu tengok jam cam lambat je masa ni nk gerak kan.Selalunyer kt ofis aku ni jam amat2 lah lembab gerak. Kadang2 sampai aku lempar ruber br dia gerak laju sikit. Kerana masa yang amat cepat berlalu aku pon xsedar yang aku dah lama tak update blog aku. Bukan tak mau update tapi ketandusan idea n ke'bzi'an aku kt opis yang kadang2 wat otak aku cm nk tercabut jer.

Sekarang pon sibuk belajar serba sedikit tentang photography. Aku ni baru jer nak belajar. So kena mula dari step 1st. Kadang2 aku terpikir kenapa lah org ni panggil masa itu emas. Mahal sangat ker emas tu sampai nak dibandingkan ngan masa. Kalau ikutkan memang masa ni cepat sangat lah berlalu. Tup2 umur aku dah 23tahun. Tapi tak gak kawin2 lagi coz duit tak cukup lagi. Hehehe.

Kalu duk opis ni bila tak de projek bapak lah boringnyer. Tapi kalu sekali dapat projek sampai tak ingat nak balik umah. Ingat lagi masa aku studi kat Polisas dulu. Kalu duk hostel selalu lah kira berapa hari lagi nak balik. Pastu bila dah balik umah asik kira bila nak balik hostel jumpa kekawan lak. Adoiya...

Tapi tu sume kenangan jer. Sekarang dah kerja hidup hanya kerja je. Masa juga mengajar kita agar menghargai hidup ni. Kalu fikir2kan banyak gak benda yang aku bazirkan dalam hidup ni dek kerana terikut ikutkan gaya hidup yang moden ni. Mana taknyer, sekarang baru nak wat lesen kereta time murah2 dulu tak mau buat. Padan muka aku sudah.



Kenapa Babi??

Zaman skrg ni tanda Halal 2 siap boleh tipu lagi. Hebat tol lah bangsa lain yang boleh copy n jual sijil Halal 2. Aku kadang2 makan ni main belasah jer. Tak check dah halal ke tak. Tapi aku still cerewet bab makan ni coz makanan tu menjadi darah daging aku.

Sekarang ni yang femes org duk cakap pasal gelatin. Gelatin ni banyak kegunaannya. Kalu dalam hidup korg tak pernah guna gelatin ni mmg tipu lah.


aku rs korg pernah mkn pil kapsul kan?


*****************************************

Kalu yang ni bdk2 suka tapi bapak budak pon makan gak.


**************************************

Ni kalu tak pernah jumpa tak tau lah.


*******************************************

Tapi yang menjadi kemuskilan sekarang kenapa patut kte proses gelatin ni paling kurang pun 'babi' mesti jadi ramuan dalam gelatin. Sian mereka coz dijadikan bahan ujikaji.

But kalu nk ikut peredaran masa sekarang, Malaysia dah maju. Banyak dah gelatin Halal yang dh di cipta. So, sebagai umat Islam kita kena hati2 pilih barang makanan ni. Yang mana boleh elak tu kita elak. Yang mana tak boleh tu kita dh tak boleh nak buat pe dah. Bertawakal je lah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...